current | archives | email | Sign My Guestbook | Favorite Blogs | host | image | design

cita cita?
May 17, 2003, 1:53 a.m.

I'm done with all the university papers. Have another actuarial exam paper next week. Not sure whether I need to care about that or not..hahaha... Kesian Jed dapat anak murid mcm aku:-).

Anyway, so far my results are good. Alhamdulilah. Thank you for everyone who wished me good luck.

Hari tu lepas habis exam, pergi mkn Taco Bell dgn Ena dan Pablo. Sembang punya sembang tentang exam Act Sci yang memeningkan kepala tu, sampai lah kepada topik kerjaya sebagai Actuary.

Pablo baru tahu rupanya aku tak mahu jadi Actuary, hehehe...Aku pun cakaplah aku pun baru sahaja dpt cita cita baru tu - nak buka tadika. Kiranya sebelum nie sepanjang 2 tahun dkt universiti, aku tak ada cita citalah lebih kurang.

Lepas tu diorang pulak yg pk pk nak jadi Actuary ke tak. Lorr...takpe korang, korang mesti dapat jadi Actuary yang best punya. Aku je rasa tak tergolong dalam club tu. Hahahaha...actually guest speaker time Actuary Banquet tempoh hari yang meyakinkan aku. Sbb dia ckp "Find a career that you are good at and you are interested with". Aku akan ingat sampai mati pesanan tu. Kalau Jed tahu mesti menyesal dia jemput guest speaker tu:-)

Anyway, bila dah sembang hari tu, terus aku teringat segala cita cita yang pernah aku ada. Masa aku kecik kecik, aku nak jadi pelakon. Hahaha.. Sbb tgk mcm best je pelakon dkt tv tu kan. Talk about influence by media, rite;). Tanyalah akak akak aku, hari hari aku berlakon dalam bilik:-).

Lepas tu bila aku masuk Tadika Fatima, aku rasa nak jadi cikgu tadika pulak. Sbb aku suka sangat cikgu tadika aku tu. Best gila. Selalu bagi aku belon:-).

Lepas tu bila masuk sekolah rendah, aku tgk cikgu sekolah rendah pun macam best. So kalau orang tanya cita cita aku apa, jawab "nak jadik cikgu". Tapi tak sure nak mengajar kat mana.

Tapi bila dah masuk darjah 5-6, terus hilang cita cita nak jadi cikgu. Aku rasa macam nak jadi akauntan pulak. Aku rasa pengaruh besar datang daripada akak aku yg bercita cita nak jadi akauntan. Lepas tu deskmate aku, Goi pun minat accounting jugak. Aku pun suka subjek math time tu.

Lepas tu kadang kadang aku rasa jadi wartawan pun best jugak. Sbb aku suka juga subjek bahasa. Lagipun aku rasa aku terpengaruh tgk filem Hati Bukan Kristal (Julia Rais is one of my idola back then!). Seriously, talk about media influence! Hahaha..So kalau cek autograf zaman darjah 6 dulu, mesti aku tulis akauntan atau wartawan.

Bila masuk form 1 dkt MRSM Gerik, cita cita aku nak jadi wartawan tu makin hilang. Rasanya sbb akak aku kata dapat duit sikit. Bila aku masuk pidato time form 2, aku fikir kalau jadi lawyer pun best jugak. Mak aku cakap kalau score history bolehlah sambung law. Perfect, sbb time tu aku mmg minat gila subjek history. Plus, waktu tu abang aku tgh buat law dekat UK. So fikir kalau boleh sambung pelajaran mcm dia mesti best. Dahlah time tu ada cerita bersiri Cinta Korporat dekat tv. Teringin beb;).

Alih alih suatu hari tu ada member cakap kalau jadi lawyer payah. Takut terbela orang yg salah berdosa pulak. Huh...pening pening. Aku pk pk macam betul jugak. Especially aku ni kekadang bila dah start gaduh tak mahu kalah. So time tu aku dah tak sure nak jadi apa. Ditambah dgn abang aku pun dah grad dgn ijazah law dia, tapi tak mahu jadi lawyer pulak. Zaman tu kalau tgk dalam autograf aku tulis Cita cita: Ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading. Habis cerita, hahaha..

Then, form 4 masuk pula MRSM Taiping. Time tu aku still blur tak tahu nak jadi apa. Dahlah aku dapat aliran Sains Tulen. At least kalau dapat aliran Sains Gunaan ada subjek prinsip akaun. Takkan nak jadi doktor, kot? Tapi mak aku suruh try dulu, aku pun orait je lah...

Dah sebulan ambil Biologi, serius aku tak minat. Aku pun decide dgn member aku Shida nak tukar kepada Sains Gunaan. Mohon dkt cikgu, last last dapatlah. Seronok pulak tu belajar Akaun. So sepanjang 2 tahun dkt Taiping tu, aku bercita cita nak jadi seorang akauntan yg berjaya:). Tanam niat nak pergi Dublin, Ireland. (Time tu akak aku sambung stadi akaunting dkt New Zealand, so mmg semangatlah nak ikut jejak langkah dia).

Sehinggalah sampai ke detik terakhir aku dekat Taiping, pihak MARA datang bagi offer utk bebudak yg score trial SPM. Huh...dia offer course engineering, IT, dgn actuarial science ke US, engineering & medic ke UK, engineering dkt UTM, dan accounting dkt ITM.

Huh??? Tak ada lah pulak offer accounting overseas. Leceh! Family aku mana ada duit nak support aku study overseas. Medic mmg out, engineering aku tak minat. So time tu aku timbang kati samada nak ambil akaunting yg aku minat tetapi dalam negeri, ataupun cuba benda baru tapi dapat pergi overseas.

Aku tanya cikgu Nafisah tentang Actuarial Science, sbb seriously aku tak pernah dgr course tu. Cikgu kata payah subjek tu. Akak aku pulak cakap belajar accounting dkt universiti boring, bkn macam dkt sekolah. Huh..leceh lah. Bila aku tgk iklan dkt suratkhabar, byk company cari IT expertise. So aku pun decide to go for IT. Apply dan dapat masuk PPP.

Dah suku jalan berseronok seronok dkt PPP, terfikir pulak. Aku nak jadi apa bila besar nie? Computer programmer? Oh my...totally not my thing! Sbb programmer kerja dia duduk diam diam, takde bercakap sgt. Mcm tak sesuai je dgn aku ni. Lainlah utk orang pemalu, kan Nany kan;).

So aku bincanglah dgn akak aku yg dah grad dan dah pun jadi akauntan. Dia cadangkan aku tukar major kepada Actuarial Sc, sbb tu mcm gabungan math dgn business. Time tu mmg aku interested pun dgn business, sbb nampak mcm korporat kan. Hehehe... Lagipun time tu abg aku dah jadi manager dkt BCB. Mcm best je tgk dia. Aku pun tanya lah Mr Amran course Actuarial Science ni macam mana. Dia kata kalau dkt UW Madison ni course dia under Bachelor in Business Admin. Aku pun decide lah tukar major. Fuhh...

Dah sampai sini, mak aihhh...macam nie ke belajar Act Sci. Dahlah susah, aku macam tak minat je. Dalam School of Business dkt U aku ni, kiranya mmg budak Act Sci lah yg nerd sekali. Kalau yg tak nerd pun, mmg genius tahap dewa lah. Yang aku nie nerd pun tak, genius pun tak jugak, hiihih...

Tapi aku minat gila subjek business lain yg aku kena ambik. Finance dgn Mkting best, Risk Mgmt best, Business Law dgn Real Estate pun best. Then macam yg korang tahu, dkt sini aku kerja tadika part time. Dah nak masuk 3 tahun dah.

So sekali lagi aku bincang bincang dgn akak aku. Akhirnya aku come out dgn plan baru. Bila dah grad nanti, aku nak cuba apply kerja yg ada kaitan dgn business. Mcm management ke...Kalau aku minat, aku go on dgn kerja tu. Kalau tak, aku nak ambik cert. utk jadi cikgu tadika + bukak tadika bila dah ada modal. InsyaAllah...

Hah..kembali balik rupanya kepada cita cita aku time umur 5 tahun. Punyalah susah nak pk! Untung tau sapa yang dah tahu nak jadi apa sejak kecik. Cuba bukak balik autograf time sekolah dulu tgk cita cita korang apa. Sama tak dgn sekarang;). Anyway, kesimpulannya antara influence besar dalam pencarian cita citaku ialah adik beradik aku dan pengaruh media, hahahaha!!

Anyway, talk about influence, nie antara cita cita aku time kecik yg datang dan pergi mengikut musim:

1. Nak jadi peramugari bila tgk cerita bersiri jepun Chiaki dkt tv. Tapi cancel bila tak cukup tinggi:)
2. Nak jadi pemain bola tampar bila tgk cerita Jepun Moero Attack. Tapi cancel bila tak reti langsung main volley!
3. Nak jadi doktor bila tgk ER. Tapi cancel bila aku sakit perut time tgk operation dalam Majalah Tiga.
4. Nak jadi atlet bila jadi olahragawati time sekolah rendah. Tapi lepas tu akak aku tanya, "kalau patah kaki macamana?. Alamak..tul gak tu.
5. Nak jadi penyanyi sbb minat gila dgn Ella. Lepas tu baru tahu suara tu aurat..hehehe..

Dan agaknya banyak lagiklah pengaruh lain yg aku dah tak ingat..mcm anak sedara aku lah sekarang nie nak sangat jadi polis trafik mcm dalam cerita Gerak Khas;)

last - next

Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie