current | archives | email | Sign My Guestbook | Favorite Blogs | host | image | design

bercuti hujung minggu
July 14, 2003, 8:50 p.m.

Aku pergi bercuti dgn kengkawan di Door County hujung minggu tempoh hari. Lebih kurang 5 jam dari Madison; sebuah tempat pelancongan yg unik dkt Wisconsin nie sebab dia menghadap Tasik Michigan. Pemandangan sekitar tasik itu zahirnya tidak jauh beza dengan laut. Ombak menghempas gigi pantai, bot bot persendirian berlabuh, dan kanak kanak riang bermain air dan istana pasir. Cuma bila ditelan airnya sahaja tiada rasa masin:)

Hari pertama kami menaiki feri ke Washington Island. Bila difikir secara logik, macam pelik kan boleh naik feri besar dalam tasik. Siap ada pulau pulak tu. Tapi serius Lake Michigan ni begitu luas, memang terasa macam laut.

Washington Island nie sebuah pulau terpencil kira kira 20 minit dari tanah besar. Sesampai di sana, kami menyewa basikal. Bebeza dengan jalan di Madison yang penuh dengan kereta, berbasikal di pulau itu seronok sekali. Jalannya sunyi, cuma sesekali sahaja kereta melepasi. Walau ketika itu mahatari sedang meninggi, redup pepohon menghalang terik mentari. Cukup sempurna. Bagai pulau itu kami yang punya. Kalah cerita Autumn in My Heart:)

Tempat itu hanya sebuah penempatan kecil; bandarnya ala cowboy. Ada zoo kecil untuk melihat ayam belanda, kambing, llama, dan keldai. Ada juga ladang kuda untuk menunggang jika mahu. Tapi entah kenapa aku terasa pulau itu istimewa sekali walaupun tidak sarat dengan tempat tarikan pelancong. Seperti ada satu kedamaian buat mereka yg hendak lari dari kesibukan.

Sebelum menaiki feri terakhir pulang ke tanah besar, kami sempat bermain air di gigi pantai. Jernih sekali airnya. Terkasima aku sebentar bila menyedarinya. Jelas kelihatan batu batu kecil di dasaran.

Waktu petang kami singgah di Sister Bay, salah satu tempat favorite di Door County. Kebetulan ada sekumpulan orang tempatan sedang berkumpul di situ. Bila hampir waktu sunset, mereka menari di jeti dengan latar belakang muzik tradisional. Ada pengaruh Scandinavia di kawasan itu.

Kitorang pun tak melepaskan peluang melihat matahari tenggelam. Warna jingga di kaki langit sungguh mengasyikkan. Subhanallah, it is such a perfect scenery. Walau zahirnya matahari kelihatan tenggelam di horizon sana, aku tahu tika itu dia akan muncul di bumi sebelah sana, di Malaysia:).

Hari kedua kami pergi ke Peninsula State Park. Misi pertama kami adalah untuk Jungle Trekking. Tidak sia sia kitorang pilih Eagle Trail. Banyak pemandangan indah sepanjang perjalanan. Ada gua terbentuk indah; aku pasti sudah berusia berjuta tahun.

Di tengah perjalanan kami terjumpa air mata air mengalir di celah celah batu. Subhanallah, dingin dan tenang sekali airnya. Yang paling aku suka time trekking tu, kitorang terjumpa pinggiran pantai dalam perjalanan. Indah dan sunyi tempat itu. Yang terdengar cuma bunyi desiran ombak. Asyik.

Kesimpulannya, rasa macam nak datang lagi je Door County tu. Tapi tak tahulah, aku sudah kesuntukan wang dan masa. Tak apa, balik Malaysia nanti aku nak merayau habis habisan. Malaysia kan punya banyak pulau yg indah. Nanti dapat tgk sunset dgn kekasih hati:). Bercakap tentang sunset, pernah dengar kisah cinta sejati antara laut dan langit?

Mereka jatuh cinta sejak dulu lagi. Desiran ombak laut membisikkan cinta dari jauh. Langit hanya tersipu sipu kemerahan malu tanpa bicara. Suatu hari awan datang. Awan cuba menghalang cinta mereka, menutup pandangan laut terhadap langit. Namun cinta mereka tetap kukuh. Awan tidak berjaya menghalang, menangis sedih menitiskan hujan.

Hingga kini langit dan laut masih berkasih. Walaupun jauh masih setia. Cuma berpacaran di kaki horizon, setiap kali waktu senja berlabuh...

"Demi ku kan berjanji, akan membebaskan dirimu
Andai kau pun berjanji, kan membawa diriku bersama..."

last - next

Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie